Enak, mudah & ringkas disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Paprik Ayam Mudah

Enak, mudah & ringkas disediakan

BAHAN-BAHAN

  • ??700 gram ayam tanpa tulang / separuh ekor ayam bertulang
  • ??1 inci halia diketuk
  • ??3 ulas bawang putih diketuk
  • ??1 biji bawang besar dipotong bulat
  • ??1 batang serai diketuk
  • ??4-5 helai daun limau purut
  • ??3-4 biji cili padi (kalau nak pedas)
  • ??sayur-sayuran: lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kacang panjang, dsb
  • ??1 sudu kecil sos ikan
  • ??2 sudu besar sos tomato
  • ??2 sudu besar sos cili
  • ??2 sudu besar sos tiram
  • ??garam dan gula jika perlu
  • ??sedikit belacan (jika suka)
  • ??minyak untuk menumis
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu dan masak sehingga separuh masak. (boleh juga digoreng garam kunyit jika suka)
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan, serai, limau purut, belacan (jika suka) dan sedikit air. Masak sehingga ayam masak.
  • Masukkan cili padi dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masak sehingga sayur agak layu sedikit dan sedia dihidang bersama nasi putih panas ^_~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN