Variasikan inti kuih tradisional yg juga dikenali buah melaka di sesetengah tempat..lebihan inti boleh dibuat kuih ketayap/gulung
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Onde-Onde Inti Kelapa
Variasikan inti kuih tradisional yg juga dikenali buah melaka di sesetengah tempat..lebihan inti boleh dibuat kuih ketayap/gulung
BAHAN-BAHAN
- UNTUK INTI:
- 250g gula Apong/gula melaka
- Kelapa parut dari setengah biji kelapa
- UNTUK DOH:
- 250g Tepung pulut
- Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
- BAHAGIAN LUAR:
- Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- SEDIAKAN INTI:- Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. (Jika mahu inti lebih lembap tambakan sedikit air)Padamkan api-inti sedia digunakan
- UNTUK KUIH:- 1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
- Jerang air dalam periuk(boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak.
- Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi.. SELAMAT MENCUBA ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.