Nasi Tomato ni resepi sendiri…untuk masak cepat & express lepas balik keje…boleh buat dalam masa 1 jam termasuk set lauk-pauknya..Biasanya set Nasi Tomato saya ni dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Terung & Acar Timun…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Tomato Express & Mudah (Aslieya’s Recepi)

Nasi Tomato ni resepi sendiri…untuk masak cepat & express lepas balik keje…boleh buat dalam masa 1 jam termasuk set lauk-pauknya..Biasanya set Nasi Tomato saya ni dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Terung & Acar Timun…

BAHAN-BAHAN

  • -Bahan Utama-
  • 1.5 pot Beras
  • 2 biji Buah Tomato (dikisar)
  • -Bahan yang dihiris-
  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 cm Halia
  • 1 batang Serai
  • -Lain2 bahan-
  • Kulit Kayu Manis & Bunga Lawang
  • Sedikit Kismis
  • Sedikit garam
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan Minyak dalam periuk Nasi.
  • Bila Minyak sudah panas, tumis Kayu Manis & Bunga Lawang bersama bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  • Masukkan beras yang sudah dibasuh.
  • Masukkan Tomato yang dikisar & tambah air secukupnya untuk menanak nasi.
  • Masukkan sedikit garam & kacau sedikit (supaya sebati)
  • Masukkan kismis.
  • Tutup periuk hingga nasi masak.
  • *Nasi ni tak buh susu cair, sebab mmg xsuka bubuh,..tapi rasanye memang best.., cubalah!! :)
  • Bila nasi masak, boleh dihidangkan & untuk menarik lagi taburkan daun sup & bawang goreng…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN