mata kail

Seorang pelanggan wanita berdepan detik cemas apabila dia menemui mata kail dalam hidangan kari yang dipesan di salah sebuah restoran di ibu kota.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pelanggan tersebut di Facebook baru-baru ini, dia turut meluahkan rasa lega kerana tidak berlaku apa-apa kemalangan mahupun kecederaan kepada ahli keluarganya semasa menikmati hidangan tersebut.

Bagaimanapun, dimaklumkan juga wanita berkenaan telah membuat aduan kepada pengurus restoran tersebut namun pihak terbabit tidak mahu bertanggungjawab.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, selepas itu kata salah pengedar pula, nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail itu, tapi macam mana kalau hidangkan kepada pelanggan lain?” luahnya.

Lebih terkejut, setelah didesak, akhirnya pengurus restoran terbabit tampil meminta maaf dan hanya memberikan diskaun sebanyak 60 sen kepada pelanggan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga terkejut dengan tindakan balas pihak restoran terbabit kerana kejadian tersebut berlaku kerana kecuaian mereka sendiri.

“60 sen sahaja diskaun dia bagi? Kalau tertelan tak mati pelanggan dekat restoran dia, 60 sen sahaja ke untuk nyawa manusia,” soal seorang pengguna.

“Saman sahaja pihak restoran yang tidak jaga kebersihan dan keselamatan pelanggan, kita kena berkeras biar mereka lebih jujur dalam berniaga,” kata pengguna lain.

Sumber: Kosmo Online

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN