Nasi pulut selalu dijual dengan dim sum lain… boleh juga dikukus dengan daun teratai. Senarai bahan-bahan nampak panjang tapi senang, sebab bahan A & B lebih kurang sama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Pulut Ayam (Lor Mai Kai)

Nasi pulut selalu dijual dengan dim sum lain… boleh juga dikukus dengan daun teratai. Senarai bahan-bahan nampak panjang tapi senang, sebab bahan A & B lebih kurang sama.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras pulut
  • 300gm ayam tanpa tulang (dihiris nipis)
  • 1 genggam udang kering (dicuci)
  • 4-5 cendawan shiitake kering (direndam dan dihiris nipis)
  • Bahan-bahan A:
  • *2cm halia (*dikisar)
  • *1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (yang berwarna putih)
  • Bahan-bahan B:
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • *1 sudu besar kicap hitam
  • *1 sudu besar sos tiram
  • *½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *½ sudu besar minyak bijan
  • *Serbuk lada putih secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Persediaan Awal: Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya ½ jam (simpan dalam peti sejuk).
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering.
  • Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng untuk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.
  • Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yang diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit.
  • Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali stim untuk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering.
  • Terbalikkan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan cili jika suka. Sedap juga dimakan dengan cili sos yang pedas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN