rev media group

Syarikat kepada banyak jenama terkenal, REV Media Group (“RMG”) sekali lagi telah dinobatkan sebagai ‘Penerbit Digital Terbaik’ buat kali ketiga berturut-turut oleh Malaysian Digital Association (“MDA”) d Awards 2022, malam tadi.

Kemenangan Anugerah Emas buat kali ketiga berturut-turut setelah kategori ini diperkenalkan pada tahun 2019 mengukuhkan lagi visi RMG untuk menjadi syarikat digital Malaysia #1 dari segi capaian, pengekalan dan hasil.

REV MEDIA GROUP MENANG PENERBIT DIGITAL TERBAIK

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata bahawa semua ini tidak akan berlaku tanpa teras DNA syarikat, iaitu para pekerja.

“Setiap orang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan siapa kami pada hari ini dengan usaha dan dedikasi mereka yang tidak pernah putus. Jadi, segala kepujian adalah kepada mereka. Mari bersama-sama kita teruskan usaha agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta”, tambahnya.

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau, menjelaskan kejayaan buat kali ketiga secara berturut-turut ini merupakan satu penghormatan dan akan dijadikan sebagai pembakar semanagat untuk lebih bersungguh-sungguh dalam memberikan yang terbaik.

MENANG ANUGERAH PERAK UNTUK KEMPEN INTEGRASI MEDIA TERBAIK

Bukan itu sahaja, RMG juga telah memenangi Anugerah Perak untuk Kempen Integrasi Media Terbaik melalui kempen Disney+ Hotstar Launch 2021. Stephanie Wong Pui Tse, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia dan Adrina Choy, Pengurus Besar Jualan, REV Media Group turut hadir bersama menerima anugerah tersebut.

RMG menetapkan matlamat yang strategik untuk terus memanfaatkan kedudukan utama mereka menggunakan ‘Best in Class Adtech & Martech’ (Advertising & Marketing Technology).

Setiap bulan, lebih 15,851,000 juta rakyat Malaysia mengakses aset digital RMG (Media Prima), jadi penggunaan teknologi yang terbaik akan bergerak seiring dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.\

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN