Bagaimana cara nak masak Nasi Lemak Utara?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Lemak Utara

Bagaimana cara nak masak Nasi Lemak Utara?

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras gred AAA 
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 2 cawan air 
  • 1 cawan santan 
  • 1 sudu makan halba 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • ¼ sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu makan marjerin
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
    2. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumiskan halia, bawang merah dan 
      daun pandan sehingga layu. 
    3. Masukkan air dan santan. Masakkan sehingga mendidih. 
    4. Masukkan beras, halba, serai, serbuk kunyit dan garam. 
    5. Masakkan seperti nasi lemak biasa. 
    6. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis ataupun sambal sotong, 
      timun, telur rebus, dan ikan bilis goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN