resepi lala masak serai

Aneka resepi lala yang kita boleh cuba, salah satunya adalah resepi lala masak serai yang sedap dan mudah untuk disediakan.

Pastikan anda menggunakan lala yang segar kerana ia akan mengeluarkan rasa manis dan seterusnya menghasilkan rasa yang enak.

Lala tidak perlu dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya liat. Sebab itu lala perlu dimasukkan pada langkah yang terakhir.

Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Saudari Ariana Sofia Ahmad di bawah.

Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut

RESEPI LALA MASAK SERAI

Bahan-bahan:

  • 1 kg lala (dibasuh bersih)
  • 6 sudu besar cili giling
  • 8 batang cili api (merah + hijau) – ditumbuk kasar
  • 4 biji bawang merah – dicincang halus
  • 5 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar sos cili thai
  • 3 batang serai – dihiris halus
  • 2 batang daun ketumbar (hiasan)

Cara memasak:

1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Apabila bawang bertukar kekuningan, masukkan serai dan tumis lagi.

3. Masukkan cili api dan kacau sebati sehingga naik bau serai.

4. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.

5. Masukkan sos cili, sos cili Thai, sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati sehingga kuah mendidih.

6. Bila kuah dah mendidih, masukkan lala dan kacau sehingga sebati dengan kuah.

7. Masak sehingga kuah menjadi pekat tapi jangan sampai kering.

resepi lala masak serai

8. Taburkan dengan daun ketumbar yang telah dihiris. Daun ketumbar ni baunya sedap dan boleh menambah selera untuk makan.

resepi lala masak serai

9. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi lala masak serai

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

Baca juga: Resepi Lala Masak Hoisin Simple Tapi Sedap, Campak-Campak Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending