mudah, cepat dan ringkas..cubelah bagi menambahkan koleksi resipi nasi goreng..x igt dpt resipi nie dr mana..dah lama br terjumpa balik buku resipi nie..=)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Special

mudah, cepat dan ringkas..cubelah bagi menambahkan koleksi resipi nasi goreng..x igt dpt resipi nie dr mana..dah lama br terjumpa balik buku resipi nie..=)

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk nasi
  • Sedikit hirisan ayam, daging dan sotong
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap pekat (mee)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor udang
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung rangup
  • Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, lobak, cili padi (bg yg penggemar pedas) dan cili merah
  • Sedikit myk utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih, ayam, daging dan sotong sehingga empuk.
  • Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak atau garing, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan sos ikan. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan nasi putih tadi bersama-sama sayur. Kacau sehingga ia sebati dan masak. Ketepikan
  • Kemudian gaul udang bersama telur yang telah dipecahkan lalu salutkan dengan tepung rangup. Goreng seketika.
  • Sedia dihidangkan..Nasi goreng tadi bolehlah dimakan bersama-sama telur goreng dan sup kosong..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN