ayam masak kicap butter

Jom cuba resipi ayam masak kicap butter menggunakan air fryer ini. Resipi yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Kalau guna air fryer, tak perlu susah-susah nak tunggu macam masak atas dapur. Sambil tunggu lauk masak, boleh siapkan kerja rumah yang lain.

Yang paling penting, resipi ini hanya campak-campak saja. Tapi rasa dia memang sedap sangat. Wajib cuba!

Cara Buat Ayam Masak Kicap Butter Guna Air Fryer

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam
  • Bawang merah – potong 4
  • Bawang holland – potong kasar
  • 4 ulas bawang putih –  ketuk
  • Halia – hiris kasar
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan
  • Cili merah besar – hiris kasar
  • Kicap pedas Mahrusi 2tbs
  • Kicap soya cair 1tbs
  • 15-20g unsalted butter
  • Carrot
  • Air

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.

2. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut  jenis air fryer masing-masing).

Kredit: Sha Rini

Baca juga: Resipi & Tips Supaya Ayam Goreng Jadi Berkerinting, Hanya Guna 2 Bahan