Muffin mudah berserta walnut bersalut karamel.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Muffin Walnut Karamel

Muffin mudah berserta walnut bersalut karamel.

BAHAN-BAHAN

  • 100g mentega
  • 120g gula halus
  • 2 biji telur
  • 200g tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung)
  • 100ml susu segar
  • Karamel: 80g gula dan sedikit air
  • 50g walnut (badam pun boleh)
CARA PENYEDIAAN
  • Walnut digoreng tanpa minyak sebentar.
  • Karamel: gula dan air dibiarkan mendidih dalam periuk dengan api yang perlahan. Setelah warna gula berubah kecoklatan, padamkn api.
  • Masukkan dalam anggaran 10 biji walnut tadi ke dalam karamel dan gaulkan sehingga walnut itu bersalut dengan karamel.
  • Keluarkn walnut bersalut karamel itu sebiji demi sebiji dan susunkan di atas kertas minyak dan dibiarkan sejuk.
  • Lebihan walnut dikisar halus.
  • Muffin: mentega dipukul sehingga kembang.
  • Masukkan gula secara 2 peringkat. Pukul lagi sehingga adunan berwarna agak keputihan.
  • Di dalam mangkuk yang lain, telur dipukul sebentar (macam nak buat telur dadar). Masukkn dalam (7) secara 2 peringkat. Pukul lagi.
  • Bahan ayak dan susu dibahagikan kepada 3 bahagian dan dimasukkan secara berselang seli sambil dikacau.
  • Masukkan serbuk walnut tadi.
  • Adunan dimasukkan dalam bekas muffin. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
  • Keluarkan muffin yang separuh masak tadi dan letakkan walnut bersalut karamel tadi di atas muffin.
  • Bakar muffin lagi pada suhu 170C selama 10 minit lagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN