sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi, minum petang dan sebagainya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Milk Bread
sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi, minum petang dan sebagainya
BAHAN-BAHAN
- (sila sukan bahan dengan gelas matrik)
- *500gm tepung roti
- *2 1/2 sk instant dry yeast
- *4 sb gula
- *2 sk garam halus
- 1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk
- 4 sb rata bread spread
CARA PENYEDIAAN
- campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis dan doh jadi lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit, buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar 2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk empat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, ulangi proses ini lagi 2 kali terus letak dalam dulang pembakar yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, gris dengan butter, hidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.