Resipi ini Mummy D yang ajar, mudah untuk disediakan. Yang penting mesti kita pandai mengimbangkan rasa masin, masam dan manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Siam Keluarga D

Resipi ini Mummy D yang ajar, mudah untuk disediakan. Yang penting mesti kita pandai mengimbangkan rasa masin, masam dan manis.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bee hoon cap lada merah (dicelur dengan air panas dan ditoskan)
  • 1/2 kilo tauge, dibersihkan
  • 6 – 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
  • 750 ml air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
  • #Bahan untuk dikisar #
  • 20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • 1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
  • 1 cawan taucu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)
  • # Bahan untuk hiasan #
  • 5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
  • limau kasturi, dibelah dua
  • sambal tumis, jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya. Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.
  • Cara untuk kuahnya: Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula, garam dan serbuk perasa jika suka. Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.
  • Cara untuk menghidang: Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN