Resipi daripada seorang sahabat di Perlis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Rebus

Resipi daripada seorang sahabat di Perlis.

BAHAN-BAHAN

  • 10 ulas bawang putih – kisar
  • 15 ulas bawang kecil – kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 kilo daging – dadu kecil
  • 1/2 kilo ubi kentang – rebus dan kisar
  • 200gm udang kering
  • 4-5 sudu cili kisar
  • 4-5 sudu sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit, minyak masak untuk menumis
  • ************
  • Mee kuning (spaghetti pun boleh la)
  • Tauge
  • Tauhu
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia.
  • Masukkan cili dan sos cili, goreng lagi.
  • Masukkan udang kering kisar, kacau lagi.
  • Masukkan daging, kacau 5 minit.
  • Masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
  • Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Bolehlah dihidangkan…isikan di dalam sebuah mangkuk dengan mee, tauge, telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi…
  • Kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah ditambahkan air.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN