Resepi dari emak. Memang sedap dan senang penyediaannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kari Bonda

Resepi dari emak. Memang sedap dan senang penyediaannya.

BAHAN-BAHAN

  • *** Bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) – guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) – dikisar berasingan dari bahan (*)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
  • *** Lain-lain bahan & hiasan :
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya – dibelah dua
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  • Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  • Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya…
  • Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN