Masa penyediaan 20 minit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 20min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Goreng Basah

Masa penyediaan 20 minit.

BAHAN-BAHAN

  • 500-600 gm mee kuning
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu kicap cair
  • Sawi @ kubis
  • Sekeping tauhu goreng
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • Garam dan sedikit Ajinomoto
  • Minyak untuk tumis bawang
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang dan bawang putih hingga agak garing.
  • Bancuh serbuk cili dengan air dan masukkan ke dalam kuali setelah bawang garing.
  • Bila cili dah pecah minyak, masukkan ayam. Kemudian, bila ayam dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap cair. Kacau rata.. masukkan 1 cawan air.
  • Masukkan garam, Ajinomoto dan gula. Bila dah mendidih, masukkan tauhu dan mee. Goreng rata-rata.
  • Akhir sekali masukkan sayur-sayur. Kalau nak lebih gelap warnanya tambah kicap cair.
  • Kalau nak pedas, potong cili api dan masukkan ke dalam mee. Boleh juga kalau guna serbuk lada hitam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN