KC pernah masak mee ni time senang hati sbb dot3 satu ketika dulu.(”,)…masak semula n rasa masih sama…adakah hatiku sedang gumbira?? Biarlah rahsia……..;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

:) Mee Campak @ KiCap SeNang Hati:)

KC pernah masak mee ni time senang hati sbb dot3 satu ketika dulu.(”,)…masak semula n rasa masih sama…adakah hatiku sedang gumbira?? Biarlah rahsia……..;)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 bungkus mee kuning-dibersihkan.
  • 2 ulas bawang putih (ricih)
  • 3 ulas bawang merah @ 1/3 bwg besar(ricih)
  • 2 sudu besar cili kisar (kurangkan jika tak suka pedas)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tomato
  • fishball, fish cake dan udang (kuantiti-ikut suka, boleh juga ganti dgn ayam atau daging)
  • 10 ekor ikan bilis ditumbuk (boleh juga guna 1 sudu kecil pati ikan bilis)
  • 2 biji Telur (direbus @ digoreng)
  • Sayur sawi, taugeh,carrot
  • Garam dan minyak
  • 3 cawan air-utk kuah
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar, goreng lagi hingga pecah minyak@ cili masak.
  • Masukkan 3 cawan air (agak2), sos tomato, kicap masin dan manis, ikan bilis yg ditumbuk@ pati ikan bilis serta carrot yg dipotong bulat. Biarkan kuah dgn api sederhana hingga carrot lembut.
  • Masukkan udang, fish ball dan fish cake, perasakan dan biarkan kuah mendidih sebentar.
  • Pilihan kepada anda sama ada nak terus masukkan mee. PILIHAN 1) Kalau terus dimakan boleh terus masukkan mee. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sawi.Matikan api. PILIHAN 2) jika nk tunggu hubby atau kawan boleh asingkan mee tu,cuma masukkan sawi dan matikan api. (Celur mee dan letak dalam pinggan, nnt kuah leh curah atas mee tersebut..ok.)
  • Mee bolehlah dihidangkan dengan telur rebus atau telur goreng dan ditabur dgn daun sup dan daun bawang. Makan panas2 mmg sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN