PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-26 15:54:22

Mesti ramai yang teringin nak buat kek lapis, tapi bila fikir-fikir macam susah sangat! Memandangkan kek lapis selalunya dibuat di Sarawak, ramai yang rasa kalau buat sendiri mesti rasanya lain. Tapi jangan risau, Hari ini kita akan cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di Facebook. Ikut je langkah yang disediakan dan pasti menjadi. Malahan lebih cantik. Jangan risau, kalau tahu tips dan tekniknya, ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.

 

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

 

Bahan-bahan:

  • 500g cream cheese
  • 200g mentega
  • 10 biji telur
  • 100g susu manis/susu pekat
  • 170g gula halus
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu kecil lemon oil
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 310g tepung hongkong (diayak) *pakai tepung pau
  • Jem/filling pilihan secukupnya
  • Pewarna pelangi

 

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

 

Cara-cara:

Langkah 1

  1. Putar cream cheese, mentega, susu manis, gula halus sehingga kembang *saya tak guna gula tapi gantikan 1 tin susu manis
  2. Masukkan ovellate dan putar sebati
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati, tiada ketulan atau lebihan serbuk tepung. Sama juga dengan bahan-bahan yang saya tambah seperti Horlicks dan susu tepung.

 

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

 

Langkah 2

  1. Timbang dan bahagikan kepada 2 bahagian
  2. Bahagian A : warna putih (saya biarkan saja warna asli cheese)
  3. Bahagian B : 7 warna pelangi + filling pilihan (saya sapukan filling di lapisan violet,hijau dan oren.

 

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

 

Langkah 3

Bakar selama 7-9 minit pada suhu bersesuaian dengan oven anda dan jangan lupa mampatkan dengan berhati-hati.

Kalau ada lebihan adunan, buatlah corak kesukaan anda.

 

Kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

 

Selamat Mencuba

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN