Maksudnya sushi gulung..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Makizushi

Maksudnya sushi gulung..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg beras Jepun
  • Cuka (untuk sushi)
  • 3 biji telur
  • 1 batang timun
  • Salad
  • Udang
  • 5 helai rumpai laut
  • Mayonis
  • Tikar buluh mini (‘bamboo mat’)
  • Nota: isi dalam boleh diganti dengan tuna, ikan salmon dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak beras Jepun seperti masak nasi biasa.
  • Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. Kacau nasi dengan cuka rata-rata. Biarkan nasi sejuk..
  • Udang direbus dan dibuang kulitnya.
  • Telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. Bila dah masak, potong telur panjang-panjang.
  • Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. Potong memanjang. Salad dibersih dan potong besar-besar (sehelai salad potong dua).
  • Ambil sehelai rumpai laut, letakkan di atas tikar buluh. Senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian rumpai laut tersebut.
  • Kemudian letakkan sehelai salad di atas nasi. Diikuti telur, timun, dan udang. Akhir sekali masukkan mayonis.
  • Gulung makizushi tersebut padat-padat.
  • Potong makizushi seperti gambar di atas. Siap untuk dihidang.
  • *** Siapa yang takde cuka jepun boleh guna cuka biasa. Sukatannya ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. Didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.. oleh junjs11

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN