resepi asal Ina Garten. simple, moist, sedap. tak perlu keluarkan mixer pun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemon yogurt pound cake

resepi asal Ina Garten. simple, moist, sedap. tak perlu keluarkan mixer pun.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cwn gula pasir (saya buang 1 sb)
  • 3 biji telur size A
  • 1 cwn yogurt (plain @ perisa natural)
  • 2 st parutan kulit lemon
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1 1/2 cwn self-raising flour
  • 1/2 cwn minyak jagung @ olive oil (boleh kurangkan hingga 1/3 cwn)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven suhu 170oC. Alas loyang dgn baking paper, gris dgn butter n tepung.
  • Satukan gula, telur, yogurt, esen vanilla dan parutan kulit lemon dlm mangkuk. Whisk sebati.
  • Masukkan tepung, kacau sekadar hingga tepung sebati. Jgn over-mix.
  • Tambahkan minyak dan kaup balik (fold) hingga betul2 sebati dgn adunan.
  • Tuang adunan dlm loyang. Bakar 55 minit @ hingga masak. Sejukkan kek.
  • Lemon syrup (jika suka): Satukan 1/4 cwn jus perahan lemon dgn 1/4 cwn gula dlm periuk dan kacau atas api perlahan hingga gula cair. Sejukkan. Bila kek dah masak, biar 10min. Keluarkan dr loyang. Tuang lemon syrup ni atas kek. Biar sejuk.
  • NOTA KAKI: Pound cake ni lebih sedap stlh disimpan semalaman. Bila kek betul2 sejuk, wrap dgn cling wrap n simpan dlm fridge. Esoknya rasa lebih sebati n moist.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN