Resipi asli orang Negeri 9…meleleh air mato jangg oiii bilo makan ni!!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Cili Padi Ikan & Rebung

Resipi asli orang Negeri 9…meleleh air mato jangg oiii bilo makan ni!!!!

BAHAN-BAHAN

  • 4 -5 keping daging ikan merah atau tenggiri (ikan lain pun ok)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 tin rebung, ditoskan
  • 6 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 batang serai, dititik
  • Garam dan gula (jika suka)
  • BAHAN TUMBUK HALUS :-)
  • 1/2 cawan cili padi kampung (cili padi siam pun ok)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci ikan dan toskan. Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci rebung toskan dan hiris nipis2. Ketepikan.
  • Dalam belangan, masukkan bahan2 tumbuk lumat, serai dan santan cair, kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan dan rebung, bila ikan 3/4 masak, tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula (jika suka). Kacau perlahan dan tuang jus limau kasturi. Biar mendidih 1 – 2 minit atas api perlahan.
  • Rasa kuahnya dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan bersama ulam-ulaman dan nasi hangat…
  • Contoh rebung dalam tin yang mat gunakan. Kalau ada rebung segar lagi sedap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN