Lapisan kek coklat bersama coklat cair..nampak macam susah nak buat tapi senang je.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Layered Chocolate Cake
Lapisan kek coklat bersama coklat cair..nampak macam susah nak buat tapi senang je.
BAHAN-BAHAN
- Lapisan kek:
- 2 biji telur (asingkn putih dan kuning)
- 40g gula
- Bahan diayak: 30g tepung gandum dan 10g serbuk koko
- Lapisan coklat:
- 200g coklat bar
- Hiasan (jika suka): gula halus @ serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
- Panaskn oven pada suhu 180C. Sapu mentega pada bekas 4 segi dan lapik dengan kertas. Coklat bar dipatah-patahkan.
- Separuh dari jumlah gula dan putih telur dibuat ‘meringue’. Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/542
- Baki gula dipukul dengan kuning telur sampai kembang (lebih kurang jadi warna putih).
- Masukkan ‘meringue’ tadi. Kacau perlahan dengan senduk dari bawah ke atas. Masukkan bahan diayak. Kacau perlahan.(Kalau terlebih kacau, buih ‘meringue’ akan pecah. Nanti kek jadi bantat)
- Tuang dalam bekas kek. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Bila kek dah sejuk, potong kek ikut saiz bekas ‘poundcake’. Satu dipotong kecil sedikit berbanding yang satu lagi.
- Dalam periuk, panaskan krim dengan coklat sambil dikacau. Bila coklat dah cair, tutup api. Jangan sampai mendidih.
- Tuang separuh dari coklat + krim tadi dalam bekas.
- Bila coklat dah keras sikit, letakkan kek (bahagian yang kecil) tadi atas coklat. Tuang baki coklat atas kek tadi. Biarkan keras sikit.
- Akhir sekali, letak satu lagi bahagian kek yang dipotong tadi atas coklat. Sejukkan dalam peti ais (bukan bahagian sejuk beku) sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dipotong. Hias dengan gula @ koko.
- Potong kek tu satu besar satu kecik sebab nak ikut saiz bekas ‘poundcake’ ni..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.