Resepi ini dah diubah jadi rasa melayu…… favourite hb and son

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lasagne

Resepi ini dah diubah jadi rasa melayu…… favourite hb and son

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm Daging Kisar
  • 1 tin (425gm) Sos Tomato
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili giling
  • Sedikit minyak utuk menumis
  • Serbuk Oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 3 Sudu tepung gandum/jagung
  • 8 keping cheese (cheesedale) kalau suka cheese lebih , boleh tambah
  • 500 ml Susu segar
  • 10 keping instant lasagne (ikut besar loyang bakar)
CARA PENYEDIAAN
  • bawang merah dan bawang putih dikisar.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan cili. Jika suka pedas, boleh cili lagi.
  • Bila cili sudah masak, masukkan sos, biarkan mendidih. kemudian masukkan 600ml air.
  • kemudian masukkan daging. Biar sampai daging masak. Masukkan garam, serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Jgn sampai air kering. Ketepikan dulu.
  • Untuk Cream cheese : Panaskan minyak, kemudian masukkan tepung. Kemudian masukkan pula susu segar. Bila mendidih masukan cheese. Masak biar pekat sedikit.
  • Kemudian susun kepingan lasagne di dalam bekas pembakar.
  • Tuang dan rata kuah daging keatas kepingan lasagne tadi.
  • Tuang pula cream cheese tadi keatas kuah daging tadi.
  • Letakkan pula kepingan lasagne di atas cream cheese. Ulang langkah 6,7 & 8 hingga kuah daging habis.
  • Last sekali letakkan kepingan lasagne dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagne.
  • Bakar pada suhu 200 utk 20 min atau hingga bahagian atas keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN