Masakan dari Sarawak dan masa dianggarkan untuk memasak 30 minit. Gambar dari Laporan Masakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 30min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Sarawak

Masakan dari Sarawak dan masa dianggarkan untuk memasak 30 minit. Gambar dari Laporan Masakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mee bee-hoon
  • 1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 kg taugeh
  • 1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
  • 1/2 kg udang
  • 3 biji telur ayam
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • (Sambal):
  • 2-3 sudu cili kering ditumbuk
  • Bawang merah dan putih ikut suka
  • Belacan sebesar 1/2 kotak mancis
  • Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam ke dalam periuk.
  • Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
  • Masukkan udang, rebus sebentar kemudian diangkat.
  • Masukkan perencah laksa Sarawak bersama air rebusan tadi, reneh/didih dengan api perlahan selama 20 minit.
  • Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
  • Perahkan santan sebanyak 4 – 5 cawan ikut suka.
  • Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Siramkan laksa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN