family favourite…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Penang Liza

family favourite…

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus – dibelah dua
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 biji cili hijau – dihiris
  • 1/2 labu bawang besar – dihiris
  • 5-6 biji cili padi – dihiris
  • 1/2 biji nanas – dihiris
  • 1 batang timun – dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi – dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad – dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang
CARA PENYEDIAAN
  • *Laksa*
    Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam…Kemudian direbus sampai ‘al-dente’…Laksa ditoskan dan diketepikan…
  • *Kuah laksa*
    Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam…Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi…
  • Ikan rebus diperisikan lalu dikisar…Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi…Tulang ikan turut dikisar…Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga…
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia…Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi…Kemudian, panaskan periuk…
  • Masukkan cili giling dan belacan…Lalu masukkan air asam jawa…
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan…
  • Kacau perlahan-lahan…Masak hingga mendidih…Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya…Bubuhkan garam secukup rasa…Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN