Kuih tradisi yang jarang didapati.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Lompang
Kuih tradisi yang jarang didapati.
BAHAN-BAHAN
- ½ peket tepung beras
- 1 cawan tepung kanji
- Air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
- 1 cawan gula pasir (boleh dilebihkan sikit jika suka manis)
- 2 helai daun pandan
- Sedikit air jika perlu
- Pewarna disukai
CARA PENYEDIAAN
- Gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. Kemudian disejukkan.
- Tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yang disejukkan tadi serta air kelapa. Kacau hingga rata dan tak bergentel.
- Sekiranya adunannya masih pekat, boleh ditambahkan sedikit air. Kacau rata. (Kalau adunan tu tak melekat kat senduk, kira dah ok la tu). Adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letaklah pewarna yang disukai. Kacau rata.
- Sementara itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan sekejap dalam periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang telah dipanaskan. Kukus hingga masak.
- Bolehlah dimakan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Jika tiada acuan, boleh diganti dengan loyang.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.