Aneka Kuih Lapis

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Bijan Hitam

Aneka Kuih Lapis

BAHAN-BAHAN

  • 60gm bijan hitam dikisar halus
  • Bahan A
  • 170gm tepung beras
  • 110gm tepung ubi
  • 100gm tepung hoen kwe
  • 600ml santan pekat KARA
  • 200ml air
  • Bahan B
  • 250gm gula halus
  • 500ml air
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Masak bahan B hingga gula larut. keluarkan daun pandan.
  • Satukan bahan A, masukkan bahan B gaul rata dan tapis.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan bijan hitam dan satu bahagian lagi biarkan tanpa warna.
  • Ambil 200ml adunan tanpa warna dan tuang ke dalam loyang 8″ yang dialas dengan daun pisang/plastik terlebih dahulu supaya senang mengeluarkannya nanti. Kukus selama 5 minit.
  • Apabila masak tuangkan 200ml adunan bijan hitam dan kukus lagi selama 5 minit.
  • Ulangi proses melapis hingga habis dengan diselang selikan adunan.
  • Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  • Bijan hitam ada rasa dan bau yang kuat jdi jika tk suka boleh gantikan dgn biji selasih yg direndam terlebih dahulu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN