Resepi mak, mudah je tapi penuh kesabaran..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kapal Terbang

Resepi mak, mudah je tapi penuh kesabaran..

BAHAN-BAHAN

  • -: Untuk Doh :-
  • 3 cwn tpg gandum
  • 1 bj telur
  • 1/2 st garam
  • 1/2 cwn air (+ – anggaran)
  • -: Untuk Pes :-
  • 3 sb tpg jagung
  • 3 sb minyak
  • -: Untuk Warna :-
  • Pewarna merah & hijau @ ikut citarasa
  • -: untuk sira :-
  • 2-3 sb gula pasir (di blend)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan doh n masukkan air sikit-sikit uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian doh dan uli hingga warna doh sekata.
  • Kemudian setiap doh tersebut dibagikan kepada beberapa ketulan kecil supaya mudah dicanai.
  • Ambil doh canaikan memanjang & nipis kemudian sapukan pes hingga sekata dan gulung dengan kemas.
  • Canai doh kedua yang berlainan warna dan sapukan pes kemudian ambil doh yang telah digulung diletakkan diatas doh kedua dan gulung dengan kemas. Ulang langkah tersebut jika ingin tiga lapisan warna.
  • Kemudian potong dalam ukuran 1 inci lebar @ ikut citarasa.
  • Canai @ gelek memanjang 2 @ 3 kali dh memadai.
  • Goreng hingga masak. pastikan minyak sederhana panas. Jika inginkan kuih yg mengembang @ terbuka gunakan 2 garfu dan tarik2kan supaya terbuka. Pastikan kuih timbul baru mudah ditarik2. Akhir sekali sirakan gula aising. siap dinikmati.
  • Terlupa la pulak.. utk pes satukan bahan dan gaul hingga sbati.. tujuan pes disapu supaya kuih tersbut dapat ditarik2 dgn mudah ktika mgoreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN