ni versi mokcik..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah young tau fu special

ni versi mokcik..

BAHAN-BAHAN

  • 10 tangkai cili kering (yg kerinting tau kalau yg lurus berkilat tu pedas sgt)
  • gula kabung 3 keping (ketuk bg hancur skit supaya senang larut)
  • 5cm belacan bakar
  • 800ml air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 100ml air)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar otak udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam, gula, ajinomoto secukup rasa
  • kacang tanah yg digoreng dan dikisar kasar untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • goreng cili dgn minyak hingga garing
  • kisar belacan dan cili goreng tadi dengan separuh air sejuk
  • renih gula kabung dgn baki lagi separuh air tadi hingga gula larut dan masukkan cili kisar biar mendidih
  • masukkan kicap, sos cili dan otak udang biar mendidih sebentar kemudian masukkan gula,garam dan ajinomoto mengikut rasa anda
  • setelah puas hati dengan garam gulanya bolehlah masukkan bancuhan tepung tadi untuk memekatkan kuah dan kacau
  • siap untuk dimakan dan taburkan kacang tanah sewaktu menghidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN