Istimewa untuk mereka yang teringin makan keropok lekor Terengganu kat negara luar..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keropok Lekor Perantau

Istimewa untuk mereka yang teringin makan keropok lekor Terengganu kat negara luar..

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kembung/selayang (panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung “warabi mochi ko” = tepung sagu
  • 30 gm tepung “katakuri ko” = tepung kanji (kalau xnak ltk pon xper)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit Ajinomoto
  • Bahan Sos:
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung untuk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan.
  • Buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  • Potong isi ikan kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar. Kisar isi ikan hingga hancur.
  • Selepas kisar kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam bekas yang mengadungi ikan. Gaul sehingga kesemua tepung habis.
  • Masukkan garam dan Ajinomoto.
  • Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan. Taburkan sedikit tepung “katakuri ko” di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  • Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  • Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan. (Bila timbul tandanya dah masak). Keropok rebus boleh tahan lama kalau masuk peti ais.
  • Keropok yang belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu (cara Terengganu). Sedap dimakan panas-panas..
  • Sos: Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Lepas tu masukkan cili kisar, gula melaka dan air asam jawa. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan Ajinomoto. Masukkan cuka… akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN