Resepi untuk penggemar kentang, mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kentang Loyang

Resepi untuk penggemar kentang, mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji ubi kentang – direbus dan dipotong besar sedikit dari dadu
  • Semangkuk suun – dicelur dengan air panas
  • Sebiji telur
  • Daun sup – dipotong halus
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • Ajinomoto dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak dan minyak sapi untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam kuali.
  • Tumiskan bawang yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan telur, biar separa masak dan pecahkan telur tersebut.
  • Masukkan suun yang telah dicelur dan sedkit garam dan ajinomoto.
  • Kemudian, baru masukkan kentang yang telah dipotong tadi. Gaul supaya telur, suun dan kentang rata.
  • Masukkan daun sup dan tunggu minyak kering sedikit barulah diangkat.
  • Sedia untuk dihidang.
  • *Untuk variasi, bolehlah dicampur udang kering yang ditumbuk halus atau daging cincang ketika menumis.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN