Kalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LIMAU AIS BUNGA TELANG

Kalau buat air limau ais biasa je mesti warna air tu jernih je, kali ini jom kita variasikan air limau ais dengan letak bunga telang. Warna limau ais yang jernih tu terus bertukar menjadi warna ungu sangat cantik yang penting air ini menyegarkan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Syahr Musafir di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Bunga telang

  • Limau nipis

  • Air

  • Ais batu

  • Gula

Kredit: Syahr Musafir

CARA PENYEDIAAN
  • Rendamkan bunga telang bersama air suam dan tekan-tekan sedikit supaya warna dari bunga tu keluar.

  • Sediakan air limau ais, campurkan air, limau nipis dan gula sehingga sebati dan masukkan ais batu.

  • Tapiskan air bunga telang yang sudah direndam tadi, airnya berwarna biru gelap.

  • Tuangkan air bunga telang ke air limau ais. Tuang sikit pun dah cukup mengujakan sebab sudah nampak keunguan tu.

  • Setelah dikacau air limau ais campur bunga telang menjadi ungu. Siap dan boleh diminum semasa sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.