resipi drp internet juga…tapi lupa sapa punye.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek prune kukus
resipi drp internet juga…tapi lupa sapa punye.
BAHAN-BAHAN
- 250gm butter
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan gula halus – kalau tak suka manis, boleh kurangkan sedikit
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 340gm prune sunsweet- asingkan 10 biji…5 biji untuk hiasan dan 5 biji lagi hiris kasar.
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air kukusan
- Kisarkan prune dengan 1/2 cawan air tadi. Jangan terlalu halus.
- Ayak tepung + soda – ketepikan.
- Putar butter + gula + susu sehingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu. Putar seminit setiap kali telur dimasukkan…nak bagi telur tu betul-betul sebati.
- Masukkan prune yang telah dikisar tadi, sebatikan.
- Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati.
- Masukkan pula prune yang telah dihiris kasar…yang ni aku tertinggal, sbb tu kat dalam kek tu tak nmpk prune.
- Griskan loyang, tuang adunan dan susunkan prune. Tutup loyang dengan aluminium foil…untuk mengelakkan air menitis ke dalam kek.
- Kukus kek selama 1 1/2 jam.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.