kuih seri muka

Musim buah durian sudah tiba! Apa lagi, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan. Salah satunya adalah Kuih Seri Muka Durian.

Apa beza kuih talam dan kuih seri muka ? Yang ketara adalah pada lapisan bawahnya. Kalau kuih talam, ianya menggunakan tepung dan seri muka pula ianya menggunakan pulut yang dikukus sebagai lapisan bawah.

Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya

Selain daripada makan begitu saja, buah durian sering digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan atau judah kuih. Kreatif orang Malaysia kita kan. Macam-macam menu masakan berasaskan durian  yang boleh dicuba.

Ikuti resipi kuih dari perkongsian Cik Puan Iedaa Jahaya dari laman Facebook ini. Memang sedap untuk dicuba.


RESIPI KUIH SERI MUKA DURIAN

kuih seri muka durian

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan beras pulut – cuci dan rendam selama 1jam
  • 2 cawan santan pekat – 1 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 cawan durian – Blend dahulu bgi halus
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 biji telur
  • Esen vanilla
  • Sikit garam
  • Pewarna makanan kuning 
  • 1 cawan gula halus 

Cara-cara penyediaan kuih seri muka:

1. Campur semua bahan kecuali isi durian.  Gaul sebati hingga tak berketul.

2. Tapis masuk ke dalam periuk. Tuang isi durian yg di kisar tadi. Masak sekejap dengan api sederhana.

3. Kacau sentiasa hingga sedikit pekat. Tutup api

4. Tuang ke atas lapisan pulut tadi. Kukus 25 minit.

5. Pastikan air kukusan tak menitik bahagian lapisan atas kuih. Dah masak sejukkan dahulu.

6. Sedia untuk dipotong dan dihidang.


RESIPI KUIH TALAM DURIAN

kuih talam durian

Bahan lapisan bawah:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan – 2 cawan santan pekat, 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • Esen vanilla
  • Garam secubit
  • 3 sudu besar tepung jagung

Cara buat lapisan bawah:

1. Satukan semua bahan dan tapis masuk periuk.

2. Masak atas api sederhana hingga sikit pekat. Tutup api.

3. Tuang dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik plastik.

4. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus kira-kira 25 minit.

5. Dah masak, cakar-cakar kan sedikit kuih sebelum di tuang lapisan atas nanti.

Bahan lapisan atas: 

  • 1 cawan isi durian – Blend dahulu hingga halus
  • 1/2 cawan gula pasir halus
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 1/2 cwn santan – 1 cawan pekat, 1 1/2 cawan santan cair
  • Telur 1 biji
  • Esen vanilla
  • Garam sedikit
  • Pewarna makanan kuning

Cara buat lapisan atas:

1. Sebatikan semua bahan. Kecuali isi durian. Tapis masuk periuk.

2. Baru masukkan isi durian.

3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap.  Tuang atas lapisan bawah

4. Kukus kira-kira 25 minit. 

5. Dah masak tunggu sejuk. Baru potong dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba kedua-dua resipi ini

Baca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN