kek lama sarawak yang tidak berlapis (untuk pengetahuan pembaca, tidak semua kek di sarawak itu berlapis) harap maklum

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Pilih Kasih

kek lama sarawak yang tidak berlapis (untuk pengetahuan pembaca, tidak semua kek di sarawak itu berlapis) harap maklum

BAHAN-BAHAN

  • 16 oz mentega golden churn
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin kecil srikaya
  • 1 botol kecil horlick = ( satu paket kecil 200gm)
  • 1/2 tin susu manis
  • 1/2 kg bijan – digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. (siapa yang tak gemarkan terlalu byk bijan boleh kurangkan)
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 2 1/2 gelas kacang tanah – digoreng tanpa minyak sehingga agak hitam dan isi kacang masak, kemudian dibuangkan kulit kacang sehingga bersih sebelum ditumbuk agak halus atau dikisar
  • 1 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas tepung roti (biskut) marie
  • 6 sudu besar milo
  • 3 sudu besar browning sugar
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
  • Susu, srikaya, horlick dan milo digaul di tempat lain sehingga rata dan sebati.
  • Kemudian, masukkan ke dalam adunan telur dengan mentega tadi. Gaulkan rata dan sebati.
  • Masukkan essen vanilla, browning sugar, bijan, kacang tanah tumbuk/kisar, tepung gandum dan tepung roti (biskut marie). Gaulkan rata-rata dan sebati.
  • Kukus sehingga masak.
  • * gunakan loyang yang muat untuk kek sebanyak 10 biji telur samada loyang segi empat atau bulat
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN