Ringkas dan mudah ….tapi sedapp
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Marble Cik Yong
Ringkas dan mudah ….tapi sedapp
BAHAN-BAHAN
- 250 g tepung naik sendiri
- 200 g gula ising
- 4 biji telur
- 1 sudu besar ovallete
- 2 penutup esen vanila
- 2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung anak – Dugro 3+ je)
- 4 sudu besar serbuk koko
- 250 g butter
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven terlebih dahulu.
- Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.Saya pukul telur dengan garfu terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mixer.Kemudian masukkan esen vanila.
- Masukkan ovallete.Biarkan sebati dengan adunan tadi.
- Masukkan susu tepung.Mixer sehingga sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.Biarkan sehingga adunan itu sebati.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit marjerin.Tinggalkan 1/3 daripada adunan tadi.
- Adunan yang 1/3 tadi itu dimasukkan dengan serbuk koko.Mixer sehingga adunan itu sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang tadi.Ambil hujung garfu dan pusing pusingkan untuk mendapatkan corak marblenya.Jangan terlebih pusing nanti corak marble nya tak cantik.Dalam 2 – 3 kali je.Ikut kreativiti masing masing.
- Bakar dalam oven selama 45 minit dengan suhu 150 darjah.(Ikut oven masing masing sehingga masak)
- Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.Siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba…..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.