Malam-malam tak tahu nak makan apa? Sedap juga kalau dapat makan mee goreng basah macam di kedai. Jangan risau kalau tak pandai buat, ikut je resipi mee goreng basah paling sedap yang telah dikongsikan oleh Suhasnida Ismail.

Menurutnya, resipi itu dipelajari daripada mak mertua dan birasnya yang meniaga sebelum ini. Jom lihat cara-caranya di bawah. Resipi yang lengkap bersama tips supaya mee goreng anda lebih sedap. Semoga bermanfaat!

Resipi Mee Goreng Basah Paling Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 peket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar

Bahan lauk (mengikut citara):

  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging

Bahan sayur:

  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Bahan sos & perasa:

  • 5 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

2. Masukkan bawang holland, cili kering kisar.

3. Masukkan lauk pauk kecuali udang dan tumis lagi.

4. Letak sedikit air dan semua sos.

mee goreng basah

5. Masukkan udang.

6. Pecahkan telur dan masukkan mee.

7. Masukkan sayur dan kacau sebati.

mee goreng basah

8. Siap!

mee goreng basah

Tips supaya mee goreng lebih sedap:

  1. Guna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan
  2. Kalau nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap giler.
  3. Bawang putih kena banyak, tumbuk kasar kasar.
  4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee. Lagi membangkitkan rasa.

Kredit: Suhasnida Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN