Resipi dari Sis Blackmore. D suka kegebuaan kek ini .
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Marble Blackmore
Resipi dari Sis Blackmore. D suka kegebuaan kek ini .
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 250gm butter
- 1 tsp serbuk vanilla
- 30gm susu tepong
- Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
- Bahan B
- 160gm gula kastor
- 7 biji kuning telor
- 6 biji putih telor
- 1 sudu makan ovalette
- Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang, selalunya dalam 15 â 20 minit.
- Bahan C
- 200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder – diayak
- 200gm tepong optima / tepung sponge cake mix (yang nie tak payah diayak)
- 3 sudu makan susu cair
CARA PENYEDIAAN
- Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong tu, dipukul sebentar saja hingga sebati then stopped the machine. Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu.
- Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh. Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.
- Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C. Gunakan loyang pembakar 11â x 11â dan bakar selama 45 minit â 1 jam.
- Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam âbergoyang-goyangâ jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 â 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11â. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.