Resepi Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lobak Merah

Resepi Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona

BAHAN-BAHAN

  • 125 gm mentega
  • 120 gm gula kastor
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm lobak (diparut)
  • 50 gm kacang walnut (tumbuk jangan halus sangat)
  • 175 gm tepung naik sendiri
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Telur dipukul berasingan dalam mangkuk lain hingga kembang
  • Masuk telur sedikit dalam adunan mentega. Pukul rata.
  • Masukkan tepung, lobak merah dan kacang walnut, gaul rata.
  • Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 minit dalam suhu 180 C.
  • Tunggu sejuk, potong, bagi suami dan anak-anak makan. Panas pun SODAPPP..Kalau ada baki jangan lupa bawa ofis. Seronok tengok member makan. Kembang hati. Cuba jangan tak cuba kek lobak yang simple ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN