Di Sarawak, sememangnya terdapat terlalu byk rseipi kek samada yang berlapis ataupun tidak. Untuk pengetahuan umum, khususnya mereka yang berada di Sabah dan Semenanjung, pada dasarnya pelbagai kek berlapis yang ada sekarang ini kebanyakkannya kek2 baru, manakala sebahagian besarnya pula yang tidak berlapis adalah resipi lama kek Sarawak. Yang ini pula adalah versi lain Kek Evergreen daripada pelbagai versi Kek Evergreen yang terdapat di Sarawak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Evergreen
Di Sarawak, sememangnya terdapat terlalu byk rseipi kek samada yang berlapis ataupun tidak. Untuk pengetahuan umum, khususnya mereka yang berada di Sabah dan Semenanjung, pada dasarnya pelbagai kek berlapis yang ada sekarang ini kebanyakkannya kek2 baru, manakala sebahagian besarnya pula yang tidak berlapis adalah resipi lama kek Sarawak. Yang ini pula adalah versi lain Kek Evergreen daripada pelbagai versi Kek Evergreen yang terdapat di Sarawak.
BAHAN-BAHAN
- 10 biji telur ayam
- 16 oz mentega golden churn
- 1 1/2 gelas gula halus
- 1 botol kecil horlick ( 1 paket 200gm = 1 botol kecil)
- 1 1/2 gelas tepung gandum
- 1/2 tin susu manis (di Sarawak masih terdapat tin kecil yang dijual di pasaraya tapi di kebanyakkan negeri di Semenanjung tidak lagi menjual tin kecil) – berat = 390gm (ikut jenama) / cuba cari kat 7eleven – kalau kat jb ni ada dijual yg tin kecik tu di 7
- 2 sudu besar tepung biskut cheese cracker
- 2 botol kecil pandan paste
CARA PENYEDIAAN
- Lapisan Bawah :
Kuning telur dipukul dengan 1/2 gelas gula.
- Masukkan 1/2 tin mentega dan kacau rata-rata dan sebati.
- Masukkan horlick dan tepung biskut cheese cracker, 1 gelas tepung gandum dan pandan paste. Gaulkan rata dan betul-betul sebati.
- Kukus sehingga masak.
Di sini ada gambar loyang yang biasa digunakan di Sarawak untuk mengukus kek yang kandungan telurnya 10 biji.
- Lapisan Atas : Pukul putih telur dengan 1 gelas gula halus.
- Pukul baki mentega di tempat lain dengan 1/2 tin susu manis sehingga rata dan sebati.
- Setelah itu, masukkan ke dalam adunan putih telur tadi.
- Gaulkan adunan supaya menjadi rata sebelum dimasukkan dengan 1/2 gelas tepung gandum.
- Kacaukan supaya betul-betul sebati dan setelah itu tuangkan ke atas lapisan bawah kek dan kukus semula sehingga masak.
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.