Sedap…tak percaya, boleh cuba……

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Kukus Simple

Sedap…tak percaya, boleh cuba……

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan bancuhan susu
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan hirisan badam
  • 4 biji telur saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar hingga kembang. Masukkan air bancuhan susu dan akhir sekali masukkan esen vanila dan berhentikan pengadun.
  • Satukan tepung dan badam dengan serbuk koko.
  • Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil dikaup menggunakan senduk.
  • Sapukan loyang kek dengan sedikit mentega dan tabur dengan tepung sebelum diterbalikkan dan diketuk-ketuk untuk mengeluarkan sisa tepung yang tak melekat, tujuannya untuk memudahkan kek keluar dengan cantik apabila diterbalikkan.
  • Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan bolehlah dikukus hingga masak (40-45 minit).
  • Untuk krimer:-
    Nak buat krimer coklat pun senang je..cairkan 2 sudu makan mentega di atas api kecil, masukkan 1/3 cawan serbuk koko (kacau kejap) + tuangkan 1/2 cawan susu pekat manis sedikit demi sedikit dan kacau hingga menjadi likat. Bolehlah dituang di atas kek kemudian ditabur dengan coklat urai/hiasan kek lain…mudahkan?

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN