bihun sup style papa

Resipi bihun sup style papa oleh Nazri Mat Zain ternyata mudah dibuat dan dihidangkan. Sesuai untuk mereka yang memerlukan juadah berunsurkan sup tetapi tidak kosong.

Bihun sup memang sedap kalau ada carikan ayam mahupun daging serta sambal kicap, bak kata orang memang onzzz!

Jom tengok resipi yang mudah di bawah.

Baca juga: Cheesecake Bunga Telang, Ikut ‘TIP’ Ini Supaya Kek Tidak Lembap

BIHUN SUP STYLE PAPA

Kuah Sup:

  • Seekor ayam (potong 4 bahagian)
  • Rebus dengan air secukupnya
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 paket sup bunjut Adabi
  • 4 sekawan rempah (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 bunga cengkih, dan 3 buah pelaga)
  • 4 biji bawang besar
  • Bawang putih secukupnya
  • 100 gram halia
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 3 sudu besar jintan putih
  • 4 sudu besar ketumbar
  • 1 pek kecil serbuk rempah sup Baba’s
  • 1 pek kecil serbuk kurma daging Baba’s
  • Minyak secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah diblend hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangit. Pastikan api tidak terlalu kuat.

2. Masukkan kiub pati ayam apabila bahan tumis telah pecah minyak. Kemudian, tambahkan garam, serbuk aji, dan gula secukup rasa. Terus kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan tumisan rempah ke dalam periuk rebusan ayam. Rasa semula kuah sup dan tambahkan bahan-bahan yang kurang jika perlu.

4. Setelah kuah sup mendidih, keluarkan ayam dari periuk dan toskan. Goreng ayam yang telah ditoskan sehingga garing. Kemudian, angkat dan potong kecil-kecil.

Sambal Kicap:

  • Segenggam cili akar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji air limau kasturi
  • 1 cawan kicap pekat kipas udang

Blender semua bahan di atas dan tuangkan dalam bekas.

Bahan Tabur:

  • Taugeh
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Isi ayam yang telah dicarik

Untuk Bihun Sup:

  • Bihun yang telah digoreng
  • Kacang tanah yang telah digoreng

bihun sup style papa

Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: Nazri Mat Zain

Baca juga: Cheesecake Bunga Telang, Ikut ‘TIP’ Ini Supaya Kek Tidak Lembap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN