Gabungan rasa lobak merah,kayu manis dan krim keju.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Carrot

Gabungan rasa lobak merah,kayu manis dan krim keju.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
  • 1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran (kalau tiada minyak masak pun boleh)
  • 120g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 1 1/2 cawan lobak merah (diparut)
  • Bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 1/2 sudu teh baking soda
  • 100g kacang walnut (dicincang sedikit)
  • 1 sudu teh garam
  • Untuk ‘topping’ (penyedap kek): 120g mentega, 250g krim keju, 120g gula aising
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan lobak. Kacau sebati, masukkan walnut.
  • Masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam.
  • Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur sampai betul-betul kembang (langkah ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek tadi.
  • Bakar pada suhu 170C selama 50 minit.
  • Tips: Bila dah masak, cucuk dengan lidi. Kadang-kadang bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi maksudnya belum masak betul. Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar-benar masak.
  • Untuk ‘topping’, pukul semua bahan hingga sebati dan ringan.Hias atas kek yang telah disejukkan pada suhu bilik kemudian tabur dengan hirisan badam atau kelapa kering yang digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu (jika suka).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN