Kek Batik Sarawak yang bercoklat dan berintikan biskut marie. Tidak perlu dibakar. Cukup untuk 3 loaf tin (tin untuk bakar roti).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Batik Sarawak

Kek Batik Sarawak yang bercoklat dan berintikan biskut marie. Tidak perlu dibakar. Cukup untuk 3 loaf tin (tin untuk bakar roti).

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan Milo
  • 1 sudu teh serbuk kopi
  • 1 cawan air panas
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu sejat
  • 250g mentega
  • 1 1/2 peket biskut Marie (berperisa biasa atau kopi atau kedua-duanya sekali)
  • 1 1/2 cawan nestum
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega dalam periuk. Jangan biarkannya bertukar warna ke coklat atau terbakar. Padamkan api.
  • Masukkan serbuk koko, Milo, kopi, air panas, susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sehingga sebati.
  • Campurkan nestum dan buka api sehingga ia mendidih.
  • Biarkan ia menyejuk. Sementara itu, patah-patahkan biskut Marie menjadi kepingan besar.
  • Masukkan biskut Marie ke dalam campuran di atas dan gaul. Tapi jangan terlalu kuat sampai biskut tu pecah-pecah.
  • Lapik tin dengan plastik (clingfilm) dan masukkan campuran tadi ke dalamnya. Mampatkan dengan sudu.
  • Letakkan dalam peti sejuk (bukan pembeku) selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah ia mengeras, potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN