Menambah koleksi kuih kaswi… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kaswi Kacang Merah™

Menambah koleksi kuih kaswi… :)

BAHAN-BAHAN

  • 150 g kacang merah – direbus empuk (360g kacang merah yang dah rebus)
  • 300 g tepung kanji
  • 100 g tepung gandum
  • 100 g tepung hoen kwee
  • 100 g gula pasir
  • 200g – 250 g gula melaka
  • 1 sk garam
  • 1250 g santan ( 1 kotak kecil santan KARA + air )
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 1 sb pewarna merah
  • 1 sk pewarna coklat
  • 1 sk kapur – dibancuh dengan sedikit air,tapis
  • PENCICAH – kelapa parut putih yang dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan yang digunting kecil2
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang merah rebus dikisar dengan secukup santan yang ada.
  • Ayak tepung2 ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan 1/3 bahagian santan.Kacau rata lalu masukkan kacang merah kisar tadi.
  • Gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan dimasak dengan lebihan santan hingga mendidih,tapis dan campurkan ke dalam campuran tepung ketika masih panas.Kacau hingga sebati sambil dimasukkan air kapur dan pewarna.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang bergris dan telah dipanaskan dulu di dalam kukusan.Kukus selama 30 min. atau hingga masak.
  • Sejukkan kuih kaswi, potong dan sajikan bersama kelapa parut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN