sesuai utk pencuci mulut…atau utk minum petang.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kastard Pulut Pandan

sesuai utk pencuci mulut…atau utk minum petang.. :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji kelapa diambil 900ml santan pekat dan 400ml santan cair
  • utk lapisan bawah :-
  • 500gm pulut direndam 1/2 jam dan toskan
  • 100gm kelapa parut putih
  • 400ml santan cair *
  • 1 sdt garam *
  • 1 sdt pandan paste *
  • satukan bahan2 bertanda * hingga rata
  • utk lapisan atas :-
  • 170gm tepung kastard
  • 230gm gula pasir
  • 200gm jagung cream style
  • 900ml santan pekat
  • 2sdm mentega / minyak
  • 1/2sdt garam
  • loyang 10”
CARA PENYEDIAAN
  • utk lapisan bawah :- gaul pulut , santan dan kelapa parut putih hingga rata..kemudian dikukus hingga tanak.
  • setelah tanak keluarkan dari pengukus dan ditekan2 biar mampat.
  • kerik2kan sikit permukaan pulut tadi sebelum dituangkan lapisan atas.
  • utk lapisan atas :- gaul 1 cwn santan dan tpg kastad hingga rata dan ketepikan.
  • campurkan santan yg lebih dgn gula , garam dan masak hingga mendideh.
  • kemudian masukkan kastard dan jagung..masak hingga mengental dan berkilat , baru lah dituangkan diatas pulut dan ratakan dgn pantas..sbb adunan kastard cepat mengeras..
  • biarkan betul2 sejuk.. barulah boleh dipotong dan hidangkan .

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN