karipap rangup tak berminyak dan tahan lama..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Karipap pusing (arahan bergambar)
karipap rangup tak berminyak dan tahan lama..
BAHAN-BAHAN
- KULIT KARIPAP
- Bahan A
- 150g tepung gandum
- 85g shortening
- BAHAN B
- 200g tepung gandum
- 33g shortening
- 115g air
- garam
- INTI KARIPAP
- sardin/ kentang/ keledek/ telur dan lain-lain
CARA PENYEDIAAN
- gaul sebati bahan a dan bentukkan doh..gaul sebati bahan b dan bentukkan doh juga..bahagi kepada 2 atau 3 doh kecil utk doh a dan doh b.. # doh b (kiri) lebih besar daripada doh a (kanan)..
- uli doh b hingga leper..agak2 supaya boleh balut doh a je..pastu letak doh a dalam doh b yg dah leper tu..
- then balutkan supaya membentuk satu doh sahaja..
- pastu ulikan doh tu menggunakan penguli..aku guna botol air sebab uma xde penguli..hehe..
- pastu gulungkan adunan leper tu..
- ulikan lagi sekali secara memanjang..
- again..gulung lagi..then potong kepada dua bahagian..pastu potong lagi kepada dua..dan dua lagi..so akan dapat 8 doh kecil..so total akan dapat 16 doh kecil..sebab ada dua doh asalkan..
- ulikan doh kecil tu (bila pandang doh tu..bentuk spiral mengadap muka kita..jangan uli tepi pulak)..
kalau boleh bahagian tengah jangan leper sangat..takut pecah..bahagian tepi xpe.. - isi sesudu besar inti..katupkan hujung kulit karipap dengan cara memicit2..pastu kelimkan hujungnya..
- karipap pusing yg dah siap bolehlah digoreng dalam minyak penuh ok!guna api kecik je..
- terima kasih sebab sudi membaca..harap sudi mencuba dan komen juga ok..senang2 follow my blog herdiaryoflife.blogspot.com
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.