Bagaimana cara nak masak Kambing Goreng Jintan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Goreng Jintan

Bagaimana cara nak masak Kambing Goreng Jintan?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 1½ inci halia (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
     (Dibancuh dengan 2 sudu makan air) 
  • 1 sudu teh lada hitam 
    (Ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air) 
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • 1 tangkai daup sup (Dihiris)
  • 1 tangkai daun bawang (Dihiris)
  • Air secukupnya 
  • 2 sudu makan minyak
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris 
      sehingga wangi. 
    3. Masukkan jintan manis dan lada hitam yang dibancuh. Kacau rata. 
    4. Masukkan daging, garam, dan air secukupnya bagi merebus daging 
      sehingga lembut. 
    5. Apabila daging sudah lembut dan air sudah kering, masukkan cili hijau, 
      cili merah, bawang besar, dan tomato. Kemudian kacau rata. 
    6. Masukkan jus limau nipis, daun sup, dan daun bawang. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN