Resepi isteriku

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jemput-jemput pisang “Anakku”.

Resepi isteriku

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 biji pisang emas saiz M
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Gula 1/2 sudu (jangan banyak, nanti kena diabetis)
  • Secubit bikabonat
  • Sedikit air (agak-agak jgn sampai cair)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula lenyek pisang sampai hancur (dengan tangan lagi elok sbb nak bagi anak makan).
  • Lepas tu masukkan semua bahan di atas dan gaulkan hingga sebati (dengan tangan lagi elok sebab nak bagi anak makan) sambil baca doa (dalam hati) semoga anak jadi hamba Allah yang taat dan baik.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali.
  • Lepas tu jemputlah bahan yang dah sebati tadi masuk ke dalam minyak panas sejemput demi sejemput dengan penuh keikhlasan. Masak kalau tak ikhlas rasanya jadi tak sedap. Jemput dengan tangan lagi elok sebab nak bagi anak makan.
  • Agak-agak dah masak (warnanya coklat kekuningan) jemput pulak dia masuk ke dalam pinggan. Yang ni jangan guna tangan, melecur nanti.
  • Lepas tu hidangkan dengan air teh panas (wow sedapnya). Boleh juga dicicah dengan sambal ikan bilis (ini resepi aku).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN