PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-04 05:36:03

Biasanya kalau hujung minggu mesti ramai-ramai serbu pasar hajat nak beli barang dapur macam sayur untuk masak kat rumah. Beli pulak sekali so mestilah dalam kuantiti yang banyak. So macam mana nak simpan sayur so boleh tahan lebih lama? Meh sini, Admin share serba sedikit tips so korang tak rugi beli banyak-banyak.

1. Dahulukan Sayur Berdaun

Picture Credit: thedailymeal.com

Kena plan nak masak apa waktu beli sayur tu. Kalau boleh, pastikan korang masak sayur berdaun dulu. Tak boleh simpan lama-lama sebab daun cepat menguning kalau tak simpan elok-elok. So sayur berdaun sebaik-baiknya dimasak selepas satu atau dua hari saja lepas dibeli. Nanti dah kuning tak segar macam masa dibeli!

2. Elakkan Basuh Sebelum Simpan

Photo Credit: modernfarmer.com

Sayur kalau basah lagi cepat rosak. Lepas beli tu terus simpan. Basuh sebelum nak masak je. Kalau nak juga basuh, kena make sure sebelum simpan dia betul-betul kering. Kalau tak kemungkinan untuk rosak tu sangat besar. So alert ye korang. Bab basuh ni sangat penting untuk tentukan berapa lama sayur tahan.

3. Sediakan Bahan Untuk Menyimpan

Picture Credit: avidarmor.com

Nak simpan pun bukan simply campak semua sayur dalam peti ais ye guys. Haa, korang kena bungkus elok-elok sayur-sayur kalau nak tahan lama. Antara barang keperluan yang digalakkan ialah tisu dapur, beg Ziplock dan banyak tupperware. Satu bonus jugak kalau korang ada aluminium foil dengan wrap plastik.

Jenis Sayur Dan Cara Penyimpan

1. Cili (padi, merah dan hijau besar)

Photo Credit: dissolve.com

Masukkan cili dalam bekas tertutup, dilapikkan tisu kering dan letak bawang putih. Cili tu boleh tahan dalam 1 hingga 3 minggu.

2. Sayur Berdaun

Photo Credit: gofooddy.com

Lapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan sayur-sayur berdaun. Ketahanan semua sayur mungkin dalam 1 hingga 5 hari bergantung kepada jenis sayur.

3. Kacang Buncis, Kacang Panjang

Photo Credit: simplerecipes.com

Lapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan. Dijangka boleh tahan hingga 7 hari.

4. Tomato

Photo Credit: healthline.com

Simpan dalam bekas terbuka berlapikkan tisu dapur kering. Jangan tutup bekas tu sebab tomato keluarkan gas jenis ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan tomato yang belum masak dalam 1 hingga 2 minggu dan tomato yang dah masak pula hingga 7 hari.

Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang simpan sayur dan berjimat dari segi pembelian dan makan. Effort tu kena ada. Takut cepat sangat sayur-sayur korang busuk. Jangan sampai terlambat!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN